INFO SET BACALAH ANAKKU

Mengandungi....

  • 8 buah buku , 1 VCD , 1 set kad imbasan , 1 buku panduan


 

 

 Peringatan

Buku ini disusun berdasarkan kaedah fonetik (bunyi). Jangan ajar nama huruf 'a' (ei) atau 'i '(ai) tetapi ajar bunyi huruf iaitu /a/ /i/ /u/

 BUKU 1
Panduan Guru dan Ibu Bapa


1. Perkenalkan bunyi vokal a, i, u satu persatu mengikut susunan buku. Mulakan dengan menggunakan kad huruf yang disertakan,

2. Tunjukkan teknik asosiasi bagi setiap huruf (diajar dalam kursus), 

3. Gambar-gambar yang diperkenalkan boleh digunakan untuk merangsang minda kanak-kanak dengan objek yang bermula dengan bunyi 'a'.

4. Pengingatan: Anak anda tidak perlu membaca perkataan 'api', 'abu' dan 'ani' lagi

5. Gambar-gambar lain yang bermula dengan bunyi 'a' dapat digunakan untuk merangsang kanak-kanak contohnya: asap, awan dan seterusnya,

6. Selepas memperkenalkan vokal 'n' anda bolehlah menggabungkan bunyi 'n' dengan 'a' secara perlahan-lahan, kemudian dicepatkan dan akhir sekali menjadi 'na', Tunjukkan gabungan tersebut menggunakan kad huruf terlebih danulu

7. Beberapa aktiviti berkesan seperti 'Memory Game' dan beberapa aktiviti lain yang dicadangkan dalam Buku Permainan Kreatif boleh juga dilakukan.

8.  Beri ganjaran setiap kali anak anda berjaya menyebut bunyi atau membaca suku kata atau teks

 

 

 
BUKU 2

Panduan Guru dan Ibu Bapa

1. Perkenalkan bunyi huruf-huruf  konsonan,

2. Tunjukkan aksi asosiasi bagi setlap huruf.

3. Tunjukkan gabungan bunyi huruf konsonan   tersebut dengan vokal ‘a’, ‘I’ dan ‘u’

 4. Nama objek berlkut dapat digunakan untuk merangsang minda anak-anak: madu, misai, musang, kapak, kilat, kucing, sabun, singa, sudu.

 5. 
Teruskan permainan 'Memory Game' dan aktiviti yang terdapat datam buku kerja yang bersesuaian.
 
 6.
Guna jari untuk menunjukkan suku kata yang perlu dibaca, Pastikan anak anda membaca suku kata dari kiri ke kanan.

7.
Semak bacaan menggunakan kad huruf.

 

 

BUKU 6

Panduan Guru dan Ibu Bapa


1. Gunakan konsep gabung bunyi di antara suku kata dan konsonan akhiran dalam setiap suku kata tertutup.

2. Bantu mereka lihat gabungan bunyi dengan menggunakan kad suku kata dan kad huruf konsonan.

3.
Huruf besar mula diperkenalkan dalam buku ini. Anda hanya perlu memperkenalkan bunyi huruf besar itu sahaja apabila huruf itu terdapat pada ayat yang dibacakan.

4.
Hanya huruf besar yang berlainan rupa daripada huruf kecilnyasahaja yang perlu diperkenalkan dalam sesi khas, itu pun jika perlu sahaja.

5.
Suku kata 'se' dan 'ke' yang diperkenalkan secara tidak iangsung hendaklah dibacakan melalui kaedah pandang sebut.

6.
Ulangi perkataan baru yang kurang lancar dibaca oleh anak anda sahaja.





 




BUKU 8

Panduan Guru dan Ibu Bapa


  1. Perkenalkan semua gabungan diagraf 'ng', 'ny', 'sy' dan 'kh' sebagai satu bunyi.
  2. Gunakan kad tarik untuk membantu pembacaan.
  3. Perkenalkan buku-buku cerita yang dapat menarik minat mereka untuk membacanya.


 

 KAD IMBAS